Keluhuran Perlembagaan Rukun_Negara

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinyauntuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dankeistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysiadikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dankandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dansemua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosialrakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-manaindividu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politikdan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukanbagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan,kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.